H

Ahad, 30 Januari 2011

HIjaU bUMi TuhAN...

TITI HAYUN_SYOKK OWHH..!!!

titi hayun1

Hutan Lipur Titi Hayun berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada aras ketinggian 200 – 300 meter aras paras laut. Hutan lipur ini mendapat nama sempena keujudan titi gantung berdekatan kawasan tersebut. Ianya sangat strategik dan terletak dipermulaan anak Tangga Kenari Seribu Tahun. Terdapat pelbagai fl ora dan fauna dari hutan jenis ini boleh ditemui dan tumbuhan utama yang terdapat adalah Meranti melantai, Meranti langgong dan Meranti tembaga.
Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah dan trekking, mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini. Terdapat denai hutan melalui hutan asli menuju ke Air Terjun Puteri Mandi sejauh 1km.
titi hayun2
KAT MANA NEY??:
Yan, Kedah
Terletak 3 km dari Pekan Yan dan 40 km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalan raya.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung perlu menyusuri dusun buah-buahan, perkampungan tradisional Melayu dan ladang getah. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Yan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan